Wednesday, December 16, 2009

Berperasangka Buruk

Dalam menghadapi ancaman fitnah-fitnah oleh musuh-musuh Islam pula, umat Islam perlu banyak membaca dan mendalami ilmu agama Islam serta mempelajari agama-agama lain. Selama ini akibat kurangnya membaca dan malas menggali ilmu, telah mengakibatkan umat Islam bersikap tertutup dan ini menyuburkan penyakit berperasangka buruk di kalangnan mereka. Apa yang di kesalkan selama ini umat Islam sering diingatkan mengenai bahaya Kristianisasi, tetapi mereka tidak di bekalkan ilmu yang secukupnya untuk menghadapi ancaman ini. Masaalah ini menyebabkan umat Islam menjauhkan diri daripada berbicara mengenai agama dengan penganut agama Kristian, dan tanpa di sedari masaalah ini telah membantutkan proses dakwah Islamsecara efektif. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada sesetengah ulama Islam yang terlalu ekstrem dan berperasangka buruk terhadap agama-agama lain terutamanya agama Kristian. Mereka menanamkan sifat benci dan sering mengelak untuk berbincang atau berdebat secara sehat dengan tokoh-tokoh agama Kristian. Malah pernah suatu ketika ada ualam yang mengeluarkan fatwa bahawa Al Quran tidak boleh di cetak, mikrofon atau pembesar suara dilarang untuk digunakan semasa khutbah atau mengumandangkan azan. Alasannya disebabkan peralatan tersebut dicipta oleh masyarakat barat (Kristian) yang dianggap sebagai "syaitan".

Lihatlah betapa ruginya jika seseorang memiliki sikap berperasangka buruk. Syukurlah Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan beberapa peristiwa untuk umat Islam pada hari ini menilai sendiri sikap keterbukaan dan toleransi beliau s.a.w. terhadap agama-agama lain. Rasulullah s.a.w. mampu memperlihatkan sikap toleransinya kerana Baginda s.a.w. sentiasa menjauhi sikap berperasangka buruk dan ini di lakukan demi menarik mereka kepada Islam. Salah satu peristiwa yang harus menjadi iktibar kepada kita semua ialah peristiwa ketika suatu perutusan orang Kristian dari Najran menghadap kepada Baginda s.a.w. di Madinah untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam masaalah keagamaan. Perbincangan itu diadakan di dalam masjid dan berlangsung hingga beberapa jam. Kemudian perutusan itu meminta izin meninggalkan masjid untuk mengerjakan upacara ibadat mereka di suatu tempat yang tenang. Rasullullah s.a.w. bersabda bahawa mereka tidak perlu meninggalkan masjid yang memang merupakan tempat khusus untuk beribadat kepada Tuhan dan mereka boleh melakukan ibadah mereka di masjid". (Zurqani).

Sikap keterbukaan dan toleransi Baginda s.a.w. inilah yang telah mencairkan hati orang-orang kafir yang degil dan keras menjadi larut bersama Islam dan kecintaan kepada Allah swt.

Wednesday, December 9, 2009

Lakukanlah Penyelidikan

Salah satu perintah Allah swt. kepada umat Islam untuk menghindarkan mereka daripada perangkap dosa akibat mempercayai sesuatu yang bersifat fitnah ialah kewajipan untuk melakukan penyelidikan dan penelitian. Peringatan Al Quran perlu dijadikan panduan agar umat Islam tidak terjerat dengan mempercayai apa yang di sampaikan dan di beritakan kepadanya. Allah swt. berfirman, "Hai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu orang fasik dengan sesuatu berita maka selidikilah agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, kemudian kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (49:6)

Penyakit malas untuk melakukan siasatan atau penyelidikan sendiri akan membuahkan dosa lain iaitu sikap berperasangka buruk. Masaalah ini juga disinggung oleh Allah swt. , "Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakkan daripada perasangka, sesungguhnya sebahagian perasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain". ( 49:12)

Dosa seperti inilah yang sedang bermaharajalela di kalangan umat Islam, cepat mempercayai sesuatu berita dan lebih biadab lagi mereka menokok tambah berita tersebut sehingga pihak lain yang mendengar berita tersebut mempercayainya. Berita-berita seumpama ini yang menambahkan kebencian dan perasangka buruk masyarakat terhadap sesebuah organisasi yang di perkatakan tersebut. Seharusnya umat Islam tidak terperangkap dengan dosa seperti ini yang hanya disebabkan kemalasan mereka untuk membaca, membuat penyelidikan dan kajian daripada sumber yang sebenar. Adalah kurang bijak jika seseorang ingin mengetahui kebaikan sesebuah organisasi dengan menanyakan kepada musuh-musuh organisasi tersebut sebagai rujukan. Dengan kata lain, adalah satu kejahilan jika seseorang yang ingin mengetahui kebenaran Rasullullah s.a.w. dengan menanyakan kepada Abu Jahal dan menjadikan kenyataan Abu Jahal sebagi pedoman untuk menerangkan akhlak Baginda s.a.w. Ingatlah permainan dusta atau fitnah adalah senjata yang sering digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman nabi Muhammad.s.a.w. sehingga kekuatan cahaya kebenaran Rasullullah s.a.w. hampir-hampir padam akibat kekotoran dusta dan fitnah. Baginda s.a.w. difitnah sebagai pendusta, pemecah belah masyarakat, ahli sihir, orang gila, penyembah bintang dan berbagai dusta untuk menakut-nakutkan masyarakat supaya tidak mendekatinya. Sehingga hari ini, fitnah-fitnah itu masih terus di lakukan oleh musuh-musuh Islam terutamanya di negara-negara Barat untuk mencapai objektif yang sama.

Tuesday, December 1, 2009

Permusuhan Sesama Islam

Kebangkitan Islam memang sudah di janjikan dan ianya pasti akan terjadi, namun proses kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terhambat akibat permusuuhan dikalangan sesama Islam. Kesalahan ini merupakan antara dosa yang telah menimbulkan kemurkaan besar Allah swt. Dia tidak menyenangi kewujudan pwermusuhan sesama Islam kerana penggunaan dusta, fitnah dan kekerasan sering kali dijadikan sebagai alat permainan mereka untuk menyerang pihak lain. Sebilangan umat Islam begitu mudah menyesatkakn dan mengkafirkan kelompok Islam yang lain jika pendapat dan pandangan pihak lain tidak selari dengan pendapat mereka. Dan bagi memperkukuh dakwaan tersebut pelbagai fitnah dibuat dan diada-adakan. Islam memandang keji terhadap fitnah sehingga menegaskan bahawa perbuatan menfitnah adalah lebih buruk daripada membunuh.

Sememangnya fitnah merupakan senjata yang sangat kotor kerana kemampuannya mengakibatkan kepada pergaduhan, pembunuhan, peperangan dan kerosakan yang tidak di senangi oleh Allah swt. Malah Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda bahawa dusta adalah ibu kejahatan kerana satu dusta akan melahirkan lebih banyak dusta untuk menutupi dusta-dusta yang sebelumnya. Dosa-dosa ini lah yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt. kerana ianya menyuburkan kebencian, perasangka buruk, permusuhan, ketidakadilan, penganiayaan dan kezaliman sesama Islam. Dosa ini yang telah menyebabkan permusuhan sesama Islam menjadi semakin besar dan parah dan telah menghalang umat Islam daripada bersatu. Walhal ajaran Islam telah meruntuhkan semua tembok pemisah bagi membentuk UKHUWAH ISLAMIYAH. Atas dasar itu Allah swt memberi pelbagai perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk menyelamatkan mereka daripada permusuhan sesama Islam dan mengelakkan orang Islam menjadi pengikut kepada golongan yang dimurkai oleh Allah swt. Oleh itu daripada umat Islam sibuk menyebarkan keburukan dan fitnah menfitnah serta kafir mengkafir sesama Islam yang pastinya mengakibatkan perpecahan sesama Islam, adalah lebih baik kita berusaha memperbaiki keadaan kita dengan mengikuti, mentaati dan mengamalkan ajaran suci Al Quran dan ajaran suci Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kehidupan kita. Islam di zaman Rasulullah s.a.w. dan berlanjut selama beberapa tahun telah menjadi pemimpin agama dan dunia, mengapa? Ini adalah kerana di tengah-tengah umat Islam di zaman itu mempunyai seorang pemimpin, seorang Khalifah yang menjadi kunci penyatuan umat Islam, inilah formulir yang hilang di tengah-tengah umat Islam di zaman ini. Fikirkanlah.