Tuesday, December 1, 2009

Permusuhan Sesama Islam

Kebangkitan Islam memang sudah di janjikan dan ianya pasti akan terjadi, namun proses kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terhambat akibat permusuuhan dikalangan sesama Islam. Kesalahan ini merupakan antara dosa yang telah menimbulkan kemurkaan besar Allah swt. Dia tidak menyenangi kewujudan pwermusuhan sesama Islam kerana penggunaan dusta, fitnah dan kekerasan sering kali dijadikan sebagai alat permainan mereka untuk menyerang pihak lain. Sebilangan umat Islam begitu mudah menyesatkakn dan mengkafirkan kelompok Islam yang lain jika pendapat dan pandangan pihak lain tidak selari dengan pendapat mereka. Dan bagi memperkukuh dakwaan tersebut pelbagai fitnah dibuat dan diada-adakan. Islam memandang keji terhadap fitnah sehingga menegaskan bahawa perbuatan menfitnah adalah lebih buruk daripada membunuh.

Sememangnya fitnah merupakan senjata yang sangat kotor kerana kemampuannya mengakibatkan kepada pergaduhan, pembunuhan, peperangan dan kerosakan yang tidak di senangi oleh Allah swt. Malah Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda bahawa dusta adalah ibu kejahatan kerana satu dusta akan melahirkan lebih banyak dusta untuk menutupi dusta-dusta yang sebelumnya. Dosa-dosa ini lah yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt. kerana ianya menyuburkan kebencian, perasangka buruk, permusuhan, ketidakadilan, penganiayaan dan kezaliman sesama Islam. Dosa ini yang telah menyebabkan permusuhan sesama Islam menjadi semakin besar dan parah dan telah menghalang umat Islam daripada bersatu. Walhal ajaran Islam telah meruntuhkan semua tembok pemisah bagi membentuk UKHUWAH ISLAMIYAH. Atas dasar itu Allah swt memberi pelbagai perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk menyelamatkan mereka daripada permusuhan sesama Islam dan mengelakkan orang Islam menjadi pengikut kepada golongan yang dimurkai oleh Allah swt. Oleh itu daripada umat Islam sibuk menyebarkan keburukan dan fitnah menfitnah serta kafir mengkafir sesama Islam yang pastinya mengakibatkan perpecahan sesama Islam, adalah lebih baik kita berusaha memperbaiki keadaan kita dengan mengikuti, mentaati dan mengamalkan ajaran suci Al Quran dan ajaran suci Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kehidupan kita. Islam di zaman Rasulullah s.a.w. dan berlanjut selama beberapa tahun telah menjadi pemimpin agama dan dunia, mengapa? Ini adalah kerana di tengah-tengah umat Islam di zaman itu mempunyai seorang pemimpin, seorang Khalifah yang menjadi kunci penyatuan umat Islam, inilah formulir yang hilang di tengah-tengah umat Islam di zaman ini. Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment