Wednesday, December 16, 2009

Berperasangka Buruk

Dalam menghadapi ancaman fitnah-fitnah oleh musuh-musuh Islam pula, umat Islam perlu banyak membaca dan mendalami ilmu agama Islam serta mempelajari agama-agama lain. Selama ini akibat kurangnya membaca dan malas menggali ilmu, telah mengakibatkan umat Islam bersikap tertutup dan ini menyuburkan penyakit berperasangka buruk di kalangnan mereka. Apa yang di kesalkan selama ini umat Islam sering diingatkan mengenai bahaya Kristianisasi, tetapi mereka tidak di bekalkan ilmu yang secukupnya untuk menghadapi ancaman ini. Masaalah ini menyebabkan umat Islam menjauhkan diri daripada berbicara mengenai agama dengan penganut agama Kristian, dan tanpa di sedari masaalah ini telah membantutkan proses dakwah Islamsecara efektif. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada sesetengah ulama Islam yang terlalu ekstrem dan berperasangka buruk terhadap agama-agama lain terutamanya agama Kristian. Mereka menanamkan sifat benci dan sering mengelak untuk berbincang atau berdebat secara sehat dengan tokoh-tokoh agama Kristian. Malah pernah suatu ketika ada ualam yang mengeluarkan fatwa bahawa Al Quran tidak boleh di cetak, mikrofon atau pembesar suara dilarang untuk digunakan semasa khutbah atau mengumandangkan azan. Alasannya disebabkan peralatan tersebut dicipta oleh masyarakat barat (Kristian) yang dianggap sebagai "syaitan".

Lihatlah betapa ruginya jika seseorang memiliki sikap berperasangka buruk. Syukurlah Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan beberapa peristiwa untuk umat Islam pada hari ini menilai sendiri sikap keterbukaan dan toleransi beliau s.a.w. terhadap agama-agama lain. Rasulullah s.a.w. mampu memperlihatkan sikap toleransinya kerana Baginda s.a.w. sentiasa menjauhi sikap berperasangka buruk dan ini di lakukan demi menarik mereka kepada Islam. Salah satu peristiwa yang harus menjadi iktibar kepada kita semua ialah peristiwa ketika suatu perutusan orang Kristian dari Najran menghadap kepada Baginda s.a.w. di Madinah untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam masaalah keagamaan. Perbincangan itu diadakan di dalam masjid dan berlangsung hingga beberapa jam. Kemudian perutusan itu meminta izin meninggalkan masjid untuk mengerjakan upacara ibadat mereka di suatu tempat yang tenang. Rasullullah s.a.w. bersabda bahawa mereka tidak perlu meninggalkan masjid yang memang merupakan tempat khusus untuk beribadat kepada Tuhan dan mereka boleh melakukan ibadah mereka di masjid". (Zurqani).

Sikap keterbukaan dan toleransi Baginda s.a.w. inilah yang telah mencairkan hati orang-orang kafir yang degil dan keras menjadi larut bersama Islam dan kecintaan kepada Allah swt.

No comments:

Post a Comment